Photography pada zaman digital sekarang sudah mendapat tempat terutamanya di hati para remaja zaman sekarang. 9 tahun dahulu, sebuah camera compact/pocket yang mempunyai file size hanya kurang dari 1Mega pixel mencecah harga sehingga RM3000-4000 ringgit. Digital SLR yang pertama di cipta pada tahun 2000 iaitu Nikon D1 2.7 MP(Kalau salah tolong betulkan) dan di ikuti oleh Canon 1d 4MP pada tahun yang sama. Dalam 9 tahun sejak pengeluaran digital SLR yang pertama, sudah banyak jenis DSLR di keluarkan dan harga DSLR sekarang adalah murah berbanding 9 tahun dahulu. Saya masih lagi menyimpan camera Canon 1d dan masih berfungsi dengan baik.

Gambar camera filem EOS 5 dan berberapa jenis filem yang di ambil dengan menggunakan camera Digital EOS 1d (bukan mark II)
Hobi photography saya pun bermula 5 tahun lepas walaupun sebelum itu saya sudah mempunyai sebuah camera filem. Bila dapat camera digital, tidak perlu nak risau pasal filem habis, so, snap aja lah apa yang kira rasakan cantik.
tapi sebelum itu saya telah menggunakan camera digital dari tahun 1998 lagi tapi hanya untuk kegunaan ofis dan camera digital itu pun sebenarya ofis punya. Penghujung 2003 baru lah saya membeli camera digital saya sendiri iaitu merupakan Canon Powershot

Gambar Actor Studio sebelum dia jadi actor studio.... (Di ambil menggunakan camera Fuji Point And Shoot- AKA Camera ofis)

Antara gambar2 terawal yang saya ambil dengan camera digital dan gambar ini adalah gambar Actor Studio sebelum di ubahsuai (Dulu tempat ini di panggil SENTULRAYA)

Camera DSLR saya yang pertama ialah 300d Canon
Bersambung…….